Selamat Datang ke - - - http://www.hartanahbanklelong.blogspot.com - - - Terima Kasih Atas Kunjungan Anda - - - Semoga Artikel-Artikel Dalam Blog Ini Dapat Memberi Manfaat Dan Berguna Kepada Sahabat-Sahabat . . Hot Tips! Hot Location! Hartanah Lelong Seluruh Malaysia >

Friday, 15 March 2013



Antara ‘Freehold’, ‘Leasehold’ dan “Hak Milik Sementara”

Sedikit perkongsian ingin saya tulis di dalam artikel kali ini adalah mengenai jenis pegangan hartanah dan juga sedikit penjelasan tentang jenis hakmilik yang menjadikan sesetengah orang sedikit keliru mengenainya.

Ini adalah berikutan beberapa salah faham yang berlaku apabila saya bersembang dengan beberapa orang bakal pembeli rumah, pemilik dan juga oleh sesetengah agen hartanah sendiri. Antara yang ingin saya kongsikan di sini adalah mengenai pegangan milikan bebas (freehold)pajakan (leasehold) dan juga apakah dia Hakmilik Sementara yang mana boleh jadi ‘freehold’ mahupun ‘leasehold’.

Untuk penerangan di dalam artikel ini saya tidak akan menyentuh dengan mendalam dari segi perundangan (akta-akta dan sebagainya) tetapi hanya lebih kepada penerangan yang lebih mudah difahami oleh orang-orang biasa.

OK, pertamanya apakah FREEHOLD dan apa pula LEASEHOLD?


FREEHOLD atau pegangan bebas merupakan tanah di mana pemilikannya adalah untuk tempoh selama-lamanya (kekal). Dalam ertikata mudah, pemilik tanah pegangan bebas memiliki tanah tersebut selamanya tanpa tertakluk kepada tanah tersebut kembali semula kepada hak milik kerajaan selepas sesuatu tempoh tertentu (kecuali melalui pegambilan balik tanah oleh kerajaan). Di dalam dokumen hakmilik muktamad (‘final title’), pegangan bebas dikenali sebagai GERAN (sama ada Geran atau Geran Mukim) seperti di dalam rajah di sebelah. Geran merujuk kepada hakmilik yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Negeri manakala Geran Mukim merujuk kepada hakmilik yang dikeluarkan dan ditadbir oleh Pejabat Tanah dan Daerah.

Sebagai contoh, jika dokumen hakmilik itu dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Tanah Negeri maka ianya menggunakan No. Hakmilik seperti GERAN 1234 manakala jika ianya dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah maka No. Hakmilik adalah seperti Geran Mukim 1234.

LEASEHOLD atau pegangan berstatus Pajakan pula merupakan jenis pegangan ke atas hartanah untuk suatu tempoh yang telah ditetapkan. Pada masa ini tempoh pajakan yang biasa dilihat atau dikeluarkan oleh kerajaan negeri / Pejabat Tanah adalah untuk 99-tahun. Di negeri seperti Sabah & Sarawak, kita mungkin melihat tempoh pajakan yang lebih panjang manakala untuk hakmilik lama dan tujuan selain kediaman anda mungkin akan lihat pajakan untuk tempoh seperti 30 atau 60 tahun. Persoalan utama di sini apa akan jadi selepas tempoh pajakan tersebut tamat? Jawapannya, tanah tersebut akan kembali menjadi hakmilik negeri. Walau bagaimanapun, ini jarang berlaku kerana kebiasaannya pemilik tanah kediaman akan diberikan peluang untuk memperbaharui/memanjangkan tempoh pajakan tersebut dengan membayar sejumlah premium mengikut kadaran nilai tanah semasa. Sekiranya anda merupakan pemilik tanah jenis pajakan, anda tidak perlu menunggu sehingga pajakan tersebut tamat tempoh untuk memohon tetapi boleh mula memohon apabila tempoh pajakan tersebut semakin pendek (sekitar kurang 30-50 tahun) kepada Pejabat Tanah. Anda akan dimaklumkan mengenai jumlah premium yang perlu dibayar untuk permohonan tersebut dan perlu membuat pembayaran sebelum ianya diluluskan. Untuk negeri Selangor, adalah dimaklumkan pada tahun 2011 bahawa pemilik yang terus tinggal di hartanah berkenaan hanya perlu membayar RM1,000 sahaja berbanding jumlah premium mengikut nilai pasaran tersebut sehingga beliau menjual hartanah berkenaan. Jumlah ini adalah tersangat kecil dan merupakan suatu tindakan yang baik dari kerajaan negeri tersebut. Sebagaimana dokumen hakmilik kekal, pegangan pajakan juga mempunyai pengenalan tersendiri dalam membezakannya di dalam dokumen hakmilik. No. Hakmilik muktamad bagi pegangan pajakan akan menggunakan PAJAKAN 1234 atau PAJAKAN MUKIM 1234 – merujuk cara yang sama seperti Geran.

Secara amnya kebanyakan tanah-tanah untuk projek perumahan pada masa ini adalah berstatus ‘Pajakan’ kerana ianya merupakan tanah yang ‘diberimilik’ oleh kerajaan kepada pemaju untuk dibangunkan. Hanya projek-projek perumahan terdahulu yang mana tanah sudah dimiliki oleh individu sahaja biasanya yang memiliki status pegangan bebas (kekal). Penerangan lanjut diperlukan untuk perkara ini nanti!..

Dari segi nilaian hartanah pula, sebagaimana sedia maklum, tanah dengan ciri2 yang sama akan mempunyai nilai yang lebih tinggi untuk pegangan bebas berbanding pajakan. Selain disebabkan tempoh pegangan tersebut, ianya adalah berkaitan dengan permintaan dan juga tempoh pindahmilik yang lebih panjang untuk pegangan pajakan yang memerlukan kebenaran/kelulusan dari Pihak Berkuasa Negeri untuk pindahmilik tersebut yang kadangkala memakan masa sehingga 1 tahun.

Apakah pula HAKMILIK SEMENTARA?

Sebagaimana yang telah saya terangkan di atas, dokumen hakmilik MUKTAMAD akan menggunakan no. pengenalan seperti Geran, Geran Mukim, Pajakan, Pajakan Mukim dan sebagainya. Bagaimana pula bagi hakmilik yang belum muktamad? Untuk hakmilik yang belum muktamad, no. pengenalan hakmilik yang digunakan yang mungkin anda pernah lihat adalah seperti H.S.(D)1234 atau H.S.(M)1234. Huruf pengenalan H.S. di sini sebenarnya merujuk kepada Hakmilik Sementara‘ manakala (D) dan (M) masing-masing merujuk kepada Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah Daerah berkenaan iaitu D (Daftar) – Pejabat Pendaftar Negeri manakala M (Mukim) – Pejabat Tanah Daerah. Terdapat sebahagian mereka yang keliru dengan anggapan bahawa Hakmilik Sementara merupakan pegangan ‘sementara’ yang mereka fikir pegangan pajakan sedangkan ianya suatu perkara yang berbeza. Semoga penerangan ini dapat memberikan pencerahan kepada masalah tersebut.

Oleh itu, Hakmilik Sementara ini juga mempunyai jenis pegangan yang berbeza iaitu sama ada ianya pegangan bebas ataupun pegangan pajakan yang mana boleh dirujuk di dalam dokumen hakmilik tersebut.

Walaupun Hakmilik sementara ini bukanlah dokumen hakmilik muktamad ianya tetap sah digunapakai sebagaimana butiran yang tercatit di dalamnya sehinggalah hakmilik muktamad dikeluarkan. Hakmilik muktamad merupakan hakmilik berdasarkan ukuran akhir/sebenar Pejabat Tanah dan terdapat kemungkinan saiz muktamad tanah anda sedikit berbeza dari saiz di dalam hakmilik sementara.

Diharapkan sedikit penerangan ringkas mengenai 3 perkara di atas dapat memberikan penjelasan kepada mereka yang masih belum jelas mengenainya. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila berikan di ruangan komen di bawah.

Tuesday, 26 February 2013

SOALAN DAN JAWAPAN


Sebelum anda daftar, kami rasa anda patut baca beberapa soalan yang telah kami jawab dari para pembeli yang pernah menghubungi kami. Sekiranya anda baru pertama kali nak beli rumah lelong, anda dinasihatkan baca setiap soalan dibawah sehingga habis sebelum hubungi saya atau mendaftar sebagai Pembida.

Soalan 1 : Macamana Nak Beli Rumah Lelong ?

Jawapan :
Pertama: Tolong lawati hartanah tersebut sendiri mengikut alamat yang diberi, Rumah lelong nie "as basis as" maksudnya apa yang anda nampak dalam keadaan itulah yang akan dijual. Ada yang elok pakej siap renovation dan ada yang sebaliknya.

Soalan 2 : Ok..Kalau Saya Berminat Nak Beli Rumah Yang Dah Tengok Tu Camne Pulak ?


Jawapan : 
Untuk masuk lelong

Pertama: Anda perlu buat bank draf sebanyak 5% atau 10% daripada harga Reserve
( saya akan bagitahu amaun yang tepat dan bank mana nak buat lepas tengok rumah )

Ke-2: Sila Scan dan Email IC anda @ pembeli ( depan belakang ) dan email ke hartanah188@gmail.com

Ke-3: Saya akan berikan P.O.S atau Pengistiharan Jualan kepada anda, didalam pengistiharan jualan terkandung syarat jualan ( Condition Of Sale ). Dalam tu juga ada detail mengenai Tarikh,Masa,dan Tempat Lelongan.Baca dan fahami, kalau tak faham boleh tanya.

Ke-4 Hari Lelongan: Ada 2 pilihan:

A- Wakilkan kami masuk lelongan bagi pihak anda
-Service Fee dikenankan RM250

B- Anda sendiri pergi ikut Tempat, Tarikh dan Masa yang telah diberitahu
- Free Of Charge ( tak payah bayar apa apa kt ejen )

Ke-5 Menang @ Kalah Dalam Lelongan
Menang >
Teruskan buat pinjaman ( pastikan anda layak buat pinjaman kerana jika anda gagal bayar baki belian rumah yang anda menang tadi dlm tempoh yang ditetapkan bank maka deposit anda boleh hangus) So sebelum beli rumah lelong check dgn bank dulu kelayakan pinjaman anda.
     
Kalah >
Bawa bank draf tu ke bank yg anda buat sebelum ni, cashkan balik deposit 5% @ 10% anda

Soalan 3 : Apa itu Harga Reserve, apa beza dengan Harga Market ? 

Jawapan :
Harga Reserve (harga simpanan) adalah harga terendah yang telah ditetapkan oleh bank. Iaitu harga permulaan sebelum pelelong memulakan lelongan @ harga yang diiklankan
Harga Market pula adalah harga pasaran semasa mengikut kepada nilai terkini yang ditetapkan oleh bank melalui penilai berdaftar.

Soalan 4 : Apa itu POS dan COS ?

Jawapan :
POS adalah singkatan daripada perkataan Proclamation Of Sale (Perisytiharan Jualan) iaitu surat yang mengesahkan hartanah tersebut akan dilelong pada tarikh yang telah ditetapkan.
COS pula adalah singkatan daripada perkataan Condition Of Sale (Syarat-syarat Jualan) yang akan menyatakan syarat-syarat berkenaan dengan hartanah yang akan dilelong.

Soalan 5 : Harga Tetap Macam Yang di Iklankan Ke ?

Jawapan :
Harga tak tetap. Bila sebut lelong, harga yang dinyatakan tidak tetap. Harga reserve yang dinyatakan akan berubah jika ada lebih dari seorang pembida untuk satu rumah yang sama. Pelelong akan jual rumah pada harga yang tertinggi.
( jika anda seorang shj pembida yg hadir maka anda dapat harga yg diiklankan @ Reserve Price )

Soalan 6 : Kalau Nak Harga Reserve Boleh Ke ?

Jawapan:
Bergantung pada rezeki anda. Jika anda pembida bertuah dan seorang sahaja yang hadir untuk membida anda akan dapat harga reserve.
P/s : Harap maklum, tiada cara untuk mendapatkan harga reserve tanpa masuk lelong.

Soalan 7 : Boleh Tak Beli Rumah Ni Tak Payah Masuk Lelong ?

Jawapan:
Tak boleh. Apabila rumah dah diisytiharkan untuk lelong. Owner dah tak ada hak penuh untuk rumah tu. Apabila dah masuk lelong, pembelian mesti melalui lelong. Jika anda pernah dengar ada orang boleh beli tanpa masuk lelong, jangan mudah terpedaya mungkin anda akan ditipu. Seorang jutawan lelong pernah bagi tahu saya "Do the legal, Dont do non legal".
Mengikut undang-undang, hartanah yang dah dilelong mesti dijual melalui lelong. Rumah yang dah ditetapkan untuk dilelong bukan lagi melalui tuan rumah tertapi melalui bank dan mahkamah.


Soalan 8 : Macamana Keadaan Rumah tu, kat Mana Lokasinya ?

Jawapan:
Seperti yang telah tertulis dalam POS. Syarat utama Rumah lelong adalah akan dijual dalam keadaan "Sepertimana Sedia Ada'. Oleh sebab itu, sebelum anda ingin membeli rumah lelong pastikan anda telah lawat periksa rumah terlebih dahulu. Macamana yang anda lihat, macam itulah keadaannya. Kalau anda nak tahu lokasi untuk pergi ke rumah yang diminati sila lihat peta mengunakan Google Map Atau klik sini.Link

P/s : Kami tidak dapat pergi tengok semua rumah yang akan dilelong, jika ada hartanah yang anda minati sila lawatinya dengan sendiri. 

Soalan 9 : Kalau Berjaya, Baki Bayaran tu Saya nak Kena Bayar Bila ? 

Jawapan:
Proses sama seperti pembelian rumah biasa. Anda boleh membuat pinjaman dengan mana-mana bank mengikut kepada harga yang berjaya anda beli. Tempoh untuk lulus pinjaman tidak boleh lebih dari 90 hari @ 120 hari seperti yang disyaratkan dalam POS.

P/s : Pastikan anda menyemak kelayakan pinjaman dengan pihak bank sebelum membuat keputusan untuk membeli hartanah.

Soalan 10 : Boleh tak Saya Markup Loan ?

Jawapan :
Tak boleh. Harga jualan telah dinyatakan dengan tepat dalam Kontrak jualan. Anda hanya boleh membuat pinjaman mengikut kepada harga yang berjaya anda beli.

Soalan 11 : Boleh tak Saya Buat Goverment Loan (Pinjaman Kerajaan) ?

Jawapan :

Berisiko tinggi. Anda akan kehilangan deposit sekiranya baki bayaran tidak diselesaikan dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak bank (90 hari @ 120 hari). Kebiasaanya tempoh untuk lulus pinjaman perumahan kerajaan mengambil masa yang lama. Untuk hartanah lelong, tidak boleh lanjutkan masa.

P/s : Ada sesetengah hartanah lelong boleh dilanjutkan masa. Sekiranya boleh, anda akan dikenakan interes oleh bank untuk setiap hari lewat.

Soalan 12 : Kalau masa lelong saya lawan harga lepas tu saya menang, kenaikan tu saya nak  kena bayar hari tu jugak ke?

Jawapan :
Tak perlu. Anda cuma perlu tambah lagi 5%@10% dari harga kenaikan untuk mencukupkan deposit asal.
Contohnya ;
Harga Reserve : RM100,000 
Bank Draft : 10% (anda dah buat awal tadi )
Anda menang Lelong : RM 130,000
Untuk masuk lelong, anda perlu buat bank draft 10% iaitu RM10,000. 
Disebabkan anda menang RM 130,000 iaitu ada kenaikan RM 30,000 maka anda perlu tambah lagi 10% dari harga kenaikan untuk mencukupkan deposit iaitu RM 30,000 x 10% = RM 3,000. 
Anda cuma perlu tambah RM 3,000 untuk dibayar kepada pihak bank selepas menandatangani kontrak.

Soalan 13 : Ada tak Kos-kos Lain Jika Saya Berjaya Beli ?

Jawapan :
Proses pembelian rumah lelong sama seperti Rumah Subsale. Anda perlu prepare untuk bayaran lawyer loan, lawyer pindah milik nama, Stamping, Stam duty, dan Valuer. 

P/s : Urusan Lawyer loan dan Lawyer pindah milik serta proses permohonan pinjaman ada disediakan oleh pihak kami. Kami ada Panel untuk menguruskan dan melancarkan proses pembelian hartanah lelong untuk anda.


P/s : Jangan risau jika kalah. Anda tidak rugi pun, masih ada banyak lagi rumah lelong lain yang boleh anda pilih. :)


PERHATIAN :

Hartanah yang disenaraikan diatas akan dijual "dalam keadaan sepertimana sedia ada" dan tertakluk kepada harga rizab yang telah dinyatakan oleh pihak bank dan kepada syarat-syarat jualan (COS) yang dicetakan di dalam perisytiharan jualan (POS). Semua bakal pembida harus mengambil perhatian bahawa apa-apa harta yang disenaraikan untuk jualan lelong di sini pada bila-bila masa boleh ditarik balik (Call Off) daripada jualan lelong tanpa apa-apa notis atau apa-apa sebab sekalipun. Saya sebagai Ejen tidak boleh menanggung apa-apa liabiliti kepada bakal pembida oleh apa-apa sebab sekalipun.Kepada penawar yang berminat untuk mana-mana hartanah yang disenaraikan adalah dinasihatkan agar Membuat Tinjauan dan Semakan hartanah yang diingini sebelum menyertai lelongan. 

Tuesday, 23 October 2012

6 CARA TINGKATKAN KELULUSAN PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN







6 CARA UNTUK MENINGKATKAN PERATUS KELULUSAN


Untuk mendapatkan ‘temuduga’ kerja bukanlah merupakan perkara yang amat merumitkan. Bahagian yang agak payah adalah apabila berdepan dengan kemungkinan bakal bos dan pada masa itulah dirasakan semuanya bergantung kepada interaksi temuduga pada masa itu.

Tidak banyak bezanya juga di sebalik mendapatkan pembiayaan perumahan.

Agak mudah untuk menjumpai dan melepasi gred permulaan institusi pembiayaan perumahan. Tetapi untuk mendapatkan mereka menawarkan jumlah pembiayaan sebenar yang diperlukanlah agak sukar dan tidak dapat dijangkakan.

Teruskan membaca pedoman tertera untuk melihat bagaimana caranya untuk memenangi mereka.

1. Elakkan Diri Dari Pinjaman-pinjaman Yang Lain

Jikalau anda merancang untuk mendapatkan pinjaman/pembiayaan perumahan dalam masa terdekat, jangan terlalu ‘mewah’ dalam melakukan sebarang perbelanjaan.

Cuba untuk tidak mendapatkan pinjaman kereta, pinjaman peribadi ataupun sebarang pinjaman yang lain.
Jikalau terpaksa juga, cuba untuk menyelesaikan pinjaman-pinjaman tersebut sebelum menghantar permohonan untuk sebarang pinjaman/pembiayaan perumahan.

Cuba untuk melangsaikan semua hutang-hutang kad kredit. Ia bukannya bermaksud dengan berhenti menggunakan kad kredit tetapi cuba pastikan yang anda tidak membawa ke depan baki hutang kredit ke bulan akan datang dan hanya membayar nilai minimum.
Semua perkara yang tersebut diatas bertujuan untuk mengelakkan diri anda daripada berada dalam situasi ‘berhutang’ apabila hendak memohon pinjaman/pembiayaan.
Institusi pembiayaan perumahan mempunyai tanggapan bahawa apabila seseorang itu mempunyai pinjaman yang besar atau banyak, sebahagian besar pendapatannya semestinya akan digunakan untuk melangsaikan pinjaman-pinjaman tersebut. Ini menunjukkan bahawa seseorang itu kemungkinan besar tidak akan mempunyai wang yang lebih untuk menyelesaikan pembiayaannya itu.

Selain itu, tidak mempunyai tanggungan pinjaman yang terlalu banyak untuk difikirkan semestinya adalah lebih baik untuk seseorang individu.
Tetapi, perlu diingatkan bahawa jikalau memang mempunyai hutang pinjaman, jangan cuba untuk menyembunyikannya. Jikalau tidak, permohonan memang tidak akan dipertimbangkan lagi.

2. Elakkan Diri Daripada Mengeluarkan Amaun Wang Yang Banyak Dari Akaun Bank

Pastikan diri untuk tidak menggerakkan/mengeluarkan wang yang banyak dalam jangka masa 6 bulan sebelum memohon pinjaman/pembiayaan. Pihak institusi kewangan akan meminta penjelasan sekiranya terdapat sebarang pengeluaran wang yang banyak atau kemasukkan wang yang banyak secara tiba-tiba.

Elakkan diri daripada membuat sebarang pembelian besar semasa dalam tempoh membeli rumah.

Jangan melakukan perkara yang akan menghalang kemampuan anda untuk membuat pembayaran balik pinjaman/pembiayaan.

Cuba untuk mengekalkan baki yang seimbang dalam akaun-akaun bank.

Simpan wang yang cukup dalam bank untuk meyakinkan pihak insitusi kewangan bahawa anda mampu untuk membayar ‘margin amount’ dalam lingkungan 15 atau 20 peratus.

Selalunya, insitusi pinjaman/pembiayaan kewangan tidak akan membayar seluruh jumlah pinjaman/pembiayaan yang anda perlukan untuk membeli rumah. Jumlah pinjaman/pembiayaan dalam 80 peratus dan anda perlu menanggung baki 20 peratus. Ini dikenali sebagai ‘margin’ pembiayaan. (Walau bagaimanapun, terdapat institusi pembiayaan yang akan memberi pembiayaan sehingga 100% termasuk MRTA bergantung kepada terma dan syarat tertentu seperti panel ‘developer’ dan sebagainya.)

3. Rangkumkan semua pendapatan selain daripada gaji pekerjaan

Sekiranya anda mempunyai pendapatan tetap sampingan seperti penyewaan rumah dsbnya, sertakan maklumat tersebut semasa memohon. Ia akan membantu dalam mendapatkan jumlah pembiayaan yang lebih tinggi.

Insitusi pembiayaan tidak akan mengambilkira pendapatan sampingan yang tidak tetap seperti pendapatan kapital ataupun pulangan faedah daripada sumber-sumber lain dalam menentukan kelayakan pembiayaan. Walaupun begitu, ‘security’ tambahan seperti ‘bonds’, ‘Fixed Deposits’, dsbnya akan membantu meningkatkan ‘kredibiliti’ anda.

4. Cuba Untuk Mengekalkan Pekerjaan Yang Tetap

Kerapkali menukar pekerjaan dalam tahun sebelumnya memohon pembiayaan boleh merendahkan peluang anda memdapatkannya.

Sekiranya anda menukar pekerjaan daripada yang berpendapatan tetap kepada pekerjaan ‘self-employed’ atau persendirian, adalah amat sukar untuk mendapatkan pembiayaan. Institusi pembiayaan akan memerlukan anda untuk menunjukkan yang syarikat anda telah beroperasi selama beberapa tahun, dan mengisytiharkan keuntungan dan yang menunjukkan pulangan tetap.

5. Lebih baik untuk memohon lebih dari seorang individu

Jikalau institusi pembiayaan tersebut tidak dapat memberikan jumlah amaun yang anda perlukan, anda boleh cuba mendapatkan pemohon bersama (‘co-applicant’). Individu tersebut perlulah mempunyai pendapatan yang tetap dan konsisten. Ini boleh membantu sekiranya anda memerlukan jumlah pembiayaan yang lebih tinggi.
  • Pemohon bersama tidak semestinya mempunyai pendapatan tetap. Pendapatan ‘home-based’ seperti daripada kelas tuisyen ataupun upah menjahit juga akan dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, intstitusi pembiayaan tersebut mungkin akan memerlukan rekod cukai pendapatan difailkan setiap tahun.
  • Cuma saudara terdekat dalam keluarga anda yang dibenarkan menjadi pemohon bersama –> ibubapa-anak, suami-isteri… Dalam kes-kes tertentu, adik-beradik dibenarkan.
  • Permohonan bersama tunang boleh dipertimbangkan tetapi amaun sebenarnya hanya akan dibayar setelah perkahwinan dilangsungkan.
  • Sekiranya institusi pembiayaan tersebut memerlukan pemohon bersama dan anda tidak dapat melakukannya, anda akan diperlukan untuk mendapatkan penjamin (‘guarantor’).
6. Kepentingan mendapatkan Guarantor

Walaupun segelintir institusi kewangan tidak akan mendesak dalam mendapatkan penjamin, mendapatkannya akan meningkatkan kredibiliti anda.

Dalam kes-kes tertentu seperti di bawah, institusi kewangan akan memerlukan seorang penjamin:
  • Pemohon yang bekerja sendiri tetapi kekurangan dari segi kelayakan profesional.
  • Terdapat kemungkinan yang pemohon akan ke luar negara untuk tugasan jangka masa panjang (seperti dalam industri perisian IT)
  • Pemohon sering dipindah (‘transferred’).
  • Pemohon tidak menetap di bandar dimana hartanah dibeli
  • Pemohon memohon sendiri dan tidak mempunyai pemohon bersama.
Sahabat ataupun ahli keluarga boleh menjadi penjamin walaupun ini tidak digalakkan untuk mengelakkan sebarang ‘kejadian’ tidak diingini di masa hadapan.

Perlu diingatkan bahawa seseorang penjamin itu perlu memenuhi kriteria dari segi umur dan pendapatannya.

Sekiranya anda gagal untuk membayar balik pembiayaan, penjamin anda yang perlu membayar bayaran tersebut.

Rasional di sebalik mendapatkan penjamin adalah untuk meletakkan kewajipan terhadap anda untuk membayar ansuran pembiayaan setiap bulan (EMI). Jikalau terdapat sebarang kemungkiran walau apa sebab pun dalam pembayaran, penjamin anda mempunyai tanggungjawab untuk membayar hutang tersebut.

Inilah serba sedikit berkenaan dengan 6 cara untuk anda mendapatkan ‘kepercayaan’ institusi kewangan/perbankan.

Sekiranya pihak mereka masih tidak yakin, anda boleh meminta cadangan untuk meningkatkan kredibiliti anda.

Tuesday, 18 September 2012

Bajet Tumpu Sektor Hartanah



Sektor hartanah dijangkakan antara yang diberikan tumpuan dalam Bajet 2013 yang akan dibentangkan hujung bulan ini, dengan manfaatnya bakal menjurus kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana, serta pembeli rumah kali pertama.

Penganalisis di TA Securities, Thiam Chiann Wen berkata, bajet tahun depan itu mungkin akan menggembirakan pemaju hartanah, tetapi akan mengecewakan spekulator sektor itu.
Beliau menegaskan, perkara utama yang dijangkakan diberikan perhatian pada bajet itu ialah mengenai kaedah menangani masalah kemampuan memiliki kediaman.

Tangani isu harga rumah melambung

“Bagi menangani harga rumah daripada melambung lebih tinggi, kami menjangkakan kerajaan mempercepatkan program jualan tanah untuk membolehkan lebih banyak rumah mampu milik, atau di bawah skim PR1MA dibina.

“Ia adalah mustahak kerana sektor swasta dilihat mengasingkan diri daripada membina rumah mampu milik kerana peningkatan harga tanah, atau kos peluangnya tinggi memandangkan pemaju mungkin tidak mampu memajukan simpanan tanah pada kos yang rendah,” katanya.

Berikutan itu, beliau berkata dijangkakan lebih banyak pelan konkrit mengenai rancangan pembangunan semula tanah kerajaan bakal disertai pemaju hartanah utama, dengan kemungkinan berlakunya urus niaga tukaran tanah.
“Dengan pelancaran rasmi Tun Razak Exchange (TRX) yang bernilai RM26 bilion bulan lalu, kami menjangkakan pembangunan semula tanah kerajaan lain akan meraih momentum tahun depan.

“Berkemungkinan projek mega akan datang ialah pembangunan tanah Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh memandangkan anak syarikat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru saja memuktamadkan urus niaga dengan institut itu pada harga RM22.50 sekaki persegi,” katanya.

Umum kapasiti pinjaman

Thiam berkata, kerajaan juga dijangka mengumumkan kapasiti meminjam untuk pembeli rumah kali pertama pada pembentangan bajet kali ini.

Pada pembentangan bajet tahun lalu, kerajaan menaikkan harga siling rumah di bawah skim ‘Rumah Pertamaku’ daripada RM220,000 kepada RM400,000.

Pinda keperluan pendapatan

Buat masa ini, kriteria bayaran semula bulanan mesti tidak melebihi satu pertiga daripada pendapatan bulanan pemohon untuk rumah di bawah harga RM220,000 yang sukar didapati di kawasan bandar.

“Kami menjangkakan kerajaan akan meminda keperluan pendapatan daripada RM3,000 sebulan kepada RM6,000 sebulan,” katanya.

Bagi membendung pembelian spekulatif, beliau berkata kerajaan dijangka memperkenalkan duti setem penjual serta meningkatkan lagi cukai keuntungan hartanah (RPGT).

“Sebelum ini spekulasi berlebihan dilihat sebagai punca utama kenaikan keterlaluan harga hartanah. Kami menjangka kerajaan akan menimbang mengenakan duti setem penjual (SSD) bagi penjualan hartanah kediaman dibeli pada 2013 dan menjualnya setahun selepas pembelian itu dibuat,” katanya.

Insentif kepada pemaju

Bagi pemaju hartanah, Chiann Wen berkata kerajaan dijangka memberi insentif kepada syarikat yang membina perumahan mampu milik di kawasan bandar.

Katanya, ini termasuk membenarkan syarikat terbabit membina rumah kos sederhana berbanding kos rendah bagi membolehkan mereka mengekalkan operasi perniagaan masing-masing serta menikmati mekanisme pelepasan automatik untuk unit Bumiputera yang tidak dijual.

“Kami menjangkakan insentif sedemikian adalah berdaya maju untuk menggalakkan pemaju membina lebih banyak rumah mampu milik dalam jangka panjang,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Thursday, 2 August 2012

Bank Lelong - Standard Operating Procedure (SOP)



Bank Lelong - Standard Operating Procedure (SOP)

Step 1:  Check the Property
  • To conduct on-site inspection, check whether this unit is vacant or tenanted either by owner or tenant.
  • Bank coverage on outstanding bills – check what bank don’t cover, please check the outstanding maintenance charges with maintenance office, quit rent, assessment, water, electricity and iwk.
  •  To consult a valuer to get indication of the property price and compare with the reserve price.
  • Perform a title search (need full address) through Land Office (Pejabat Tanah untuk hartanah tersebut). Pay amount (around RM30 - maybe), to make sure there are no caveat or such. If you don't know how to read it, have a lawyer do it for you.

Step 2: Registration Process and Procedures
  • Register with us, give us (via Private Message, email - smartwaynetwork@gmail.com, SMS/WhatsApp to Nazmi@0102317188 or or download the Bidders Registration Form, fill it and return it to us, via PM or email to : smartwaynetwork@gmail.com
    • Individual :
         - buyer’s name, ic, current address, tel no., email,
    • Corporation : -
          - a certified true copy of the Company’s Memorandum and Articles of Association.
          - Form 24 and 49
          - Board of Directors’ Resolution

LATEST 4 WORKING days before auction date.

  •  we in return will confirm the property is still under available for auction.
  •  A copy of Proclamation of Sale (POS) that contains Condition of Sale (COS) will be emailed to you after registration. 
  •  Be aware the property may withdraw last minute.
  •  prepare 10% or 5% bank draft on the reserve price.

Step 3: Organize your Finance

Loan financing. (90% balance payment after deducting bank draft deposit)
  • Best if u could go to the nearest bank and ask the mortgage officer to apply for pre-approved loan indicative of your max loan amount and name cleared with CTOS and CRRIS. So that u would have more confidence upon successfully win this unit. (include preparing document needed for loan application) 
We can manage this unit for u, however if you’re coming for the auction, prepare yourself
  • Set ceiling or maximum price that you are willing to bid 
  • Bring extra money with you during auction to pay the (stamp fee RM50 + Pay the balance of the 10 % or 5% if the price is higher than the reserve price + any other arrangements)

     
Step 4: Familiar on the Auction Procedures  and Start Biding (The games is on)  
  • Be there 30 minutes earlier to get yourself ready for the Auction
  • What to bring on Auction Day
  • Individual 
  • - IC & Photostate of IC (Both sides)
  • - Bank Draft/Cashier's Order equivalent to 5% or 10% (stated in POS)
  • - Additional money to pay for difference (Hammer price & Reserve Price), to meet the 5% or 10% deposit required
  • you will be given Assigned Bidder Number
  • Think twice and get used to auction first before put up your hand for an auction.
  • They will inform you the indicative per call bid example RM1000 per call.
  • Auctioner will make 3 calls before concluded the deal.
  • Stop when the price is over the bottom line that you set earlier. Remember there are plenty of auctions or opportunities out there. 

Step 5 : Congratulation, if you win the bid: 

  • You are required to sign the Memorandum at the bottom of the Proclamation of sale (or the Sales Contract) 
  • Pay the balance of the 10 % or 5% if the price is higher than the reserve price
  • Send to us via emel to smartwaynetwork@gmail.com, a copy of signed Sales Contract


Don’t be upset, if you lose the bid:
• The streets are full of them and there are plenty of opportunities or auctions out there
• Don’t forget to claim back the 10% or 5% deposit that you have submitted and cash it back. You will get back 100% bank draft full amount.