Selamat Datang ke - - - http://www.hartanahbanklelong.blogspot.com - - - Terima Kasih Atas Kunjungan Anda - - - Semoga Artikel-Artikel Dalam Blog Ini Dapat Memberi Manfaat Dan Berguna Kepada Sahabat-Sahabat . . October 2012 | Hot Tips! Hot Location! Hartanah Lelong Seluruh Malaysia >

Tuesday 23 October 2012

6 CARA TINGKATKAN KELULUSAN PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN







6 CARA UNTUK MENINGKATKAN PERATUS KELULUSAN


Untuk mendapatkan ‘temuduga’ kerja bukanlah merupakan perkara yang amat merumitkan. Bahagian yang agak payah adalah apabila berdepan dengan kemungkinan bakal bos dan pada masa itulah dirasakan semuanya bergantung kepada interaksi temuduga pada masa itu.

Tidak banyak bezanya juga di sebalik mendapatkan pembiayaan perumahan.

Agak mudah untuk menjumpai dan melepasi gred permulaan institusi pembiayaan perumahan. Tetapi untuk mendapatkan mereka menawarkan jumlah pembiayaan sebenar yang diperlukanlah agak sukar dan tidak dapat dijangkakan.

Teruskan membaca pedoman tertera untuk melihat bagaimana caranya untuk memenangi mereka.

1. Elakkan Diri Dari Pinjaman-pinjaman Yang Lain

Jikalau anda merancang untuk mendapatkan pinjaman/pembiayaan perumahan dalam masa terdekat, jangan terlalu ‘mewah’ dalam melakukan sebarang perbelanjaan.

Cuba untuk tidak mendapatkan pinjaman kereta, pinjaman peribadi ataupun sebarang pinjaman yang lain.
Jikalau terpaksa juga, cuba untuk menyelesaikan pinjaman-pinjaman tersebut sebelum menghantar permohonan untuk sebarang pinjaman/pembiayaan perumahan.

Cuba untuk melangsaikan semua hutang-hutang kad kredit. Ia bukannya bermaksud dengan berhenti menggunakan kad kredit tetapi cuba pastikan yang anda tidak membawa ke depan baki hutang kredit ke bulan akan datang dan hanya membayar nilai minimum.
Semua perkara yang tersebut diatas bertujuan untuk mengelakkan diri anda daripada berada dalam situasi ‘berhutang’ apabila hendak memohon pinjaman/pembiayaan.
Institusi pembiayaan perumahan mempunyai tanggapan bahawa apabila seseorang itu mempunyai pinjaman yang besar atau banyak, sebahagian besar pendapatannya semestinya akan digunakan untuk melangsaikan pinjaman-pinjaman tersebut. Ini menunjukkan bahawa seseorang itu kemungkinan besar tidak akan mempunyai wang yang lebih untuk menyelesaikan pembiayaannya itu.

Selain itu, tidak mempunyai tanggungan pinjaman yang terlalu banyak untuk difikirkan semestinya adalah lebih baik untuk seseorang individu.
Tetapi, perlu diingatkan bahawa jikalau memang mempunyai hutang pinjaman, jangan cuba untuk menyembunyikannya. Jikalau tidak, permohonan memang tidak akan dipertimbangkan lagi.

2. Elakkan Diri Daripada Mengeluarkan Amaun Wang Yang Banyak Dari Akaun Bank

Pastikan diri untuk tidak menggerakkan/mengeluarkan wang yang banyak dalam jangka masa 6 bulan sebelum memohon pinjaman/pembiayaan. Pihak institusi kewangan akan meminta penjelasan sekiranya terdapat sebarang pengeluaran wang yang banyak atau kemasukkan wang yang banyak secara tiba-tiba.

Elakkan diri daripada membuat sebarang pembelian besar semasa dalam tempoh membeli rumah.

Jangan melakukan perkara yang akan menghalang kemampuan anda untuk membuat pembayaran balik pinjaman/pembiayaan.

Cuba untuk mengekalkan baki yang seimbang dalam akaun-akaun bank.

Simpan wang yang cukup dalam bank untuk meyakinkan pihak insitusi kewangan bahawa anda mampu untuk membayar ‘margin amount’ dalam lingkungan 15 atau 20 peratus.

Selalunya, insitusi pinjaman/pembiayaan kewangan tidak akan membayar seluruh jumlah pinjaman/pembiayaan yang anda perlukan untuk membeli rumah. Jumlah pinjaman/pembiayaan dalam 80 peratus dan anda perlu menanggung baki 20 peratus. Ini dikenali sebagai ‘margin’ pembiayaan. (Walau bagaimanapun, terdapat institusi pembiayaan yang akan memberi pembiayaan sehingga 100% termasuk MRTA bergantung kepada terma dan syarat tertentu seperti panel ‘developer’ dan sebagainya.)

3. Rangkumkan semua pendapatan selain daripada gaji pekerjaan

Sekiranya anda mempunyai pendapatan tetap sampingan seperti penyewaan rumah dsbnya, sertakan maklumat tersebut semasa memohon. Ia akan membantu dalam mendapatkan jumlah pembiayaan yang lebih tinggi.

Insitusi pembiayaan tidak akan mengambilkira pendapatan sampingan yang tidak tetap seperti pendapatan kapital ataupun pulangan faedah daripada sumber-sumber lain dalam menentukan kelayakan pembiayaan. Walaupun begitu, ‘security’ tambahan seperti ‘bonds’, ‘Fixed Deposits’, dsbnya akan membantu meningkatkan ‘kredibiliti’ anda.

4. Cuba Untuk Mengekalkan Pekerjaan Yang Tetap

Kerapkali menukar pekerjaan dalam tahun sebelumnya memohon pembiayaan boleh merendahkan peluang anda memdapatkannya.

Sekiranya anda menukar pekerjaan daripada yang berpendapatan tetap kepada pekerjaan ‘self-employed’ atau persendirian, adalah amat sukar untuk mendapatkan pembiayaan. Institusi pembiayaan akan memerlukan anda untuk menunjukkan yang syarikat anda telah beroperasi selama beberapa tahun, dan mengisytiharkan keuntungan dan yang menunjukkan pulangan tetap.

5. Lebih baik untuk memohon lebih dari seorang individu

Jikalau institusi pembiayaan tersebut tidak dapat memberikan jumlah amaun yang anda perlukan, anda boleh cuba mendapatkan pemohon bersama (‘co-applicant’). Individu tersebut perlulah mempunyai pendapatan yang tetap dan konsisten. Ini boleh membantu sekiranya anda memerlukan jumlah pembiayaan yang lebih tinggi.
  • Pemohon bersama tidak semestinya mempunyai pendapatan tetap. Pendapatan ‘home-based’ seperti daripada kelas tuisyen ataupun upah menjahit juga akan dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, intstitusi pembiayaan tersebut mungkin akan memerlukan rekod cukai pendapatan difailkan setiap tahun.
  • Cuma saudara terdekat dalam keluarga anda yang dibenarkan menjadi pemohon bersama –> ibubapa-anak, suami-isteri… Dalam kes-kes tertentu, adik-beradik dibenarkan.
  • Permohonan bersama tunang boleh dipertimbangkan tetapi amaun sebenarnya hanya akan dibayar setelah perkahwinan dilangsungkan.
  • Sekiranya institusi pembiayaan tersebut memerlukan pemohon bersama dan anda tidak dapat melakukannya, anda akan diperlukan untuk mendapatkan penjamin (‘guarantor’).
6. Kepentingan mendapatkan Guarantor

Walaupun segelintir institusi kewangan tidak akan mendesak dalam mendapatkan penjamin, mendapatkannya akan meningkatkan kredibiliti anda.

Dalam kes-kes tertentu seperti di bawah, institusi kewangan akan memerlukan seorang penjamin:
  • Pemohon yang bekerja sendiri tetapi kekurangan dari segi kelayakan profesional.
  • Terdapat kemungkinan yang pemohon akan ke luar negara untuk tugasan jangka masa panjang (seperti dalam industri perisian IT)
  • Pemohon sering dipindah (‘transferred’).
  • Pemohon tidak menetap di bandar dimana hartanah dibeli
  • Pemohon memohon sendiri dan tidak mempunyai pemohon bersama.
Sahabat ataupun ahli keluarga boleh menjadi penjamin walaupun ini tidak digalakkan untuk mengelakkan sebarang ‘kejadian’ tidak diingini di masa hadapan.

Perlu diingatkan bahawa seseorang penjamin itu perlu memenuhi kriteria dari segi umur dan pendapatannya.

Sekiranya anda gagal untuk membayar balik pembiayaan, penjamin anda yang perlu membayar bayaran tersebut.

Rasional di sebalik mendapatkan penjamin adalah untuk meletakkan kewajipan terhadap anda untuk membayar ansuran pembiayaan setiap bulan (EMI). Jikalau terdapat sebarang kemungkiran walau apa sebab pun dalam pembayaran, penjamin anda mempunyai tanggungjawab untuk membayar hutang tersebut.

Inilah serba sedikit berkenaan dengan 6 cara untuk anda mendapatkan ‘kepercayaan’ institusi kewangan/perbankan.

Sekiranya pihak mereka masih tidak yakin, anda boleh meminta cadangan untuk meningkatkan kredibiliti anda.