Selamat Datang ke - - - http://www.hartanahbanklelong.blogspot.com - - - Terima Kasih Atas Kunjungan Anda - - - Semoga Artikel-Artikel Dalam Blog Ini Dapat Memberi Manfaat Dan Berguna Kepada Sahabat-Sahabat . . Penulis | Hot Tips! Hot Location! Hartanah Lelong Seluruh Malaysia >

Penulis



Property Investor &
Property Consultant
     Nama aku Akmal anak kampung berasal daripada keluarga peneroka Felda di daerah Kuala Ketil, Kedah,berumur 28 tahun,lepas habis belajar aku berkelana di Melaka menuntut ilmu dalam bidang Pengurusan Pelancongan selama 3 Tahun.. kemudian aku pernah bekerja sebagai Perunding Kewangan di Ambank Melaka Raya division AmInvest dan AmAssurance . Pada tahun 2007 aku berhijrah ke Bandar Sunway bekerja sebagai Pengurus Timesharing Company dengan menguruskan penjualan unit hotel dibawah MBF.Menamatkan zaman pekerjaan dengan menubuhkan syarikat sendiri dan mula berkecimpung dengan dunia perniagaan bermula pada tahun 2009.
     Dengan wang keuntungan perniagaan, aku tak joli katak tapi aku laburkan kembali sedikit demi sedikit dalam mempelajari selok belok dan ilmu hartanah & membeli hartanah pilihan aku, sehingga 2013 aku baru memiliki 13 unit hartanah atas nama aku.semestinya 10 daripadanya adalah daripada lelong..syukur Alhamdulillah...Actually pada mulanya mengapa aku terjebak  jadi ejen hartanah adalah kerana suka suka membantu kawan kawan dan kenalan aku membeli hartanah .Aku suka ajar orang yang tak tahu supaya tahu buka mata dan celik dengan peluang yang aku nampak..tak sangka ramai pulak kenalan atas kenalan yang datang cari aku..hmm..xpelah rezeki halal.Mengenai perancangan masa hadapan aku pulak, aku sekarang bercadang untuk “set up” Investment  Holding Company iaitu syarikat pemegang hartanah untuk aku lebih serius “shopping” hartanah dimasa akan datang dan juga bercita cita untuk membuka Agensi Hartanah Sendiri bagi memberi peluang mereka diluar untuk bergiat sebagai ejen hartanah..hmm..sempat tak semua nak buat ni.InsyaAllah.. doakan aku..
     Tujuan blog ini utk memudahkan “newbie” yang berminat dengan hartanah lelong mendapatkan info dan bantuan macamana nak mula menjadi pelabur hartanah..Aku faham kerana aku juga bermula dari “0”..Jadi Jika anda Serius! Bersedia! Berfikiran Jauh! Mempunyai minda seorang Pelabur! (wah mcm dr azizan pulak aku..hehe)..Aku pernah menceburi bidang Forex dan Gold tp setelah dinilai hati lebih tertarik kpd hartanah..nak ulas semua disini tak sesuai la pulak.InsyaAllah aku akan share lagi ilmu berguna di Page Facebook aku. Jangan tak “like” tau . http://facebook.com/hartanahbanklelong . Jika anda nak berkomunikasi eloklah menerusi facebook shj lebih mudah bagi aku reply. Aku bukannya seorang blogger , ini pun sekadar berkongsi mana yang sempat...

No comments:

Post a Comment