Selamat Datang ke - - - http://www.hartanahbanklelong.blogspot.com - - - Terima Kasih Atas Kunjungan Anda - - - Semoga Artikel-Artikel Dalam Blog Ini Dapat Memberi Manfaat Dan Berguna Kepada Sahabat-Sahabat . . Kenapa Pilih Lelong ? | Hot Tips! Hot Location! Hartanah Lelong Seluruh Malaysia >

Kenapa Pilih Lelong ?



Untuk membeli hartanah, ada 3 cara yang biasa kita dengar iaitu :

1. Beli baru dari developer

2. Beli atas tangan orang (subsale)

3. Beli secara lelongan awam/private/mahkamah


Kenapa Pilih Hartanah Lelongan ???

Keadaan Sekitar Yang Sedia Tahu

     Anda telah tahu tentang persekitarannya..segala kemudahan tersedia ada seperti station bus,sekolah,kedai,klinik,balai polis dan sebagainya.. pengalaman saya pernah membeli satu hartanah lelong pakej termasuk penyewa sediada ..hehe.. terus dapat duit tiap tiap bulan.

Bawah Harga Pasaran

    Sudah semestinya ini adalah sebab utama kenapa mereka membeli hartanah lelong,kalau tak baik beli sub-sale je kan mudah..tak payah masuk bid. Tapi disebalik tu usaha mereka sebenarnya memberi keuntungan yang lumayan..kebiasaan nya hartanah lelong adalah diparas 15% - 50% bawah harga pasaran.. Wow !!.. cuba bayanagkan jika anda membeli sebuah rumah teres berharga RM250,000 secara lelongan, sedangkan jiran anda membeli pada harga pasaran RM500,000 daripada ejen sub-sale. Kiralah berapa banyak penjimatan anda ?
 mesti sakit hati jiran jiran anda kan.. :) .. Untunglah kini anda dah tahu..

Nilai Meningkat Dengan Pengubahsuaian Sedikit

     Apabila mencari hartanah..carilah ditempat yang tenang, penduduk yang bekerjasama serta mempunyai kemudahan sekitar yang lengkap.Jangan beli hartanah di kawasan ramai pendatang asing kerana pastinya anda sendiri pun tidak snaggup tinggal di kawasan begitu..Hartanah yang dibeli di kawsan baik hanya memerlukan pengubahsuaian minima shj bagi menjadikan nilainya meningkat..


Tiada Risiko Projek Terbengkalai

     Sepertimana yang kita sedia tahu pembelian hartanah jenis "undercons" @ dalam pembinaan biasanaya daripada pemaju mempunyai risiko nya sendiri dimana banyak projek projek dalam pembinaan ini terbengkalai..jika ini berlaku anda terpaksa menanggung hutang ibarat menanggung biawak hidup dengan bank seumur hidup sedangkan rumah anda tidak siap disebabkan develepor gagal menyiapkan projek seperti dijanjikan. Berbanding hartanah lelong anda tahu hartanah anda sudah ada seperti yang anda lihat..
p/s: kawan saya pernah beli hartanah lelong yang siap renovate lagi..untungnya ... :). cuci kaki je masuk..hehe




Ada pepatah berkenaan pelaburan hartanah yang berbunyi seperti ini...

" For property investment, u make money when u BUY, not when u SELL"

" Don't wait to buy property, But buy and wait the property "


Akan tetapi, membeli secara lelongan tetap ada risiko yang perlu diambil kira. Walaupun begitu, pihak saya sedia untuk membantu bakal pembeli/pelabur untuk mengurangkan risiko-risiko tersebut supaya setiap pembelian yang dilakukan adalah menguntungkan.. Jangan lah jadi seperti kes dibawah ini.. lihat video :-




No comments:

Post a Comment