Selamat Datang ke - - - http://www.hartanahbanklelong.blogspot.com - - - Terima Kasih Atas Kunjungan Anda - - - Semoga Artikel-Artikel Dalam Blog Ini Dapat Memberi Manfaat Dan Berguna Kepada Sahabat-Sahabat . . Proses Belian Hartanah | Hot Tips! Hot Location! Hartanah Lelong Seluruh Malaysia >

Proses Belian Hartanah





Tinjauan Dan Semakan Hartanah

     Jika  anda berminat untuk memiliki hartanah yang bakal dilelong, anda sendiri harus melawat hartanah tersebut berdasarkan alamat hartanah yang kami berikan kepada anda. Sesetengah hartanah lelongan mempunyai penghuni sama ada owner atau penyewa mungkin juga tidak berpenghuni. Jika hartanah tersebut tidak berkunci anda bolehlah masuk untuk tinjau keadaan dalam rumah.

     Membuat semakan  status hartanah, dan tunggakan  bil penyelenggaraan, cukai tanah , cukai pintu ,
indah water, ( jika ada ). Juga semak status kewangan anda sama ada anda layak membuat pinjaman perumahan atau tidak. Jika anda berhasrat nak beli cash tak perlu semak tentang status pinjaman J


Pendaftaran & Penyediaan Bank Draf

     Sediakan salinan kad pengenalan depan & belakang dan email ke hartanah188@gmail.com selewatnya 3 hari sebelum tarikh lelongan. Hubungi pihak kami  untuk kami sahkan pendaftaran  dan kami akan beritahu anda amaun bank draf yang perlu anda sediakan. 

Perkhidmatan pendaftaran adalah PERCUMA. Selepas pendaftaran kami akan email pengisytiharan jualan kepada anda . Anda boleh semak pengisytiharan jualan.



Proses Lelongan

     Kami akan menghadiri proses lelongan bagi pihak anda untuk membida hartanah pilihan anda dengan kadar bayaran perkhidmatan RM250 atau anda sendiri hadir ke lelongan ( tiada bayaran perkhidmatan )


Lelongan Tidak  Berjaya
  • -          Pemulangan bank draf , anda bawa bank draf anda ke bank yang anda buat bank draf sebelum tu     dan cashkan kembali wang anda.


Lelongan Berjaya  Anda Wakilkan Kami
  • -          Kami akan ambil kontrak jualan yang telah siap stamping dan hantar salinan ke peguam dan         pegawai bank juga satu salinan untuk anda ( jika anda wakilkan kami membida )
  • -          Atau anda sendiri lakukan ( Jika anda sendiri yang hadir bidaan )
  • -          Jika baki pembelian hartanah anda ingin buat pinjaman bank sila submit loan bank



Lain lain Perkhidmatan Tambahan
  • -          Menjual hartanah anda
  • -          Menyewakan hartanah
  • -       Urusan Pinjaman Bank & Peguam 
  • -       Semakan Cukai Tanah / Cukai Pintu / Maintenance Fee / Caviet






No comments:

Post a Comment