Selamat Datang ke - - - http://www.hartanahbanklelong.blogspot.com - - - Terima Kasih Atas Kunjungan Anda - - - Semoga Artikel-Artikel Dalam Blog Ini Dapat Memberi Manfaat Dan Berguna Kepada Sahabat-Sahabat . . Q & A "Soalan Lazim" | Hot Tips! Hot Location! Hartanah Lelong Seluruh Malaysia >

Q & A "Soalan Lazim"



Sebelum anda daftar, kami rasa anda patut baca beberapa soalan yang telah kami jawab dari para pembeli yang pernah menghubungi kami. Sekiranya anda baru pertama kali nak beli rumah lelong, anda dinasihatkan baca setiap soalan dibawah sehingga habis sebelum hubungi saya atau mendaftar sebagai Pembida.

Soalan 1 : Macamana Nak Beli Rumah Lelong ?

Jawapan :
Pertama: Tolong lawati hartanah tersebut sendiri mengikut alamat yang diberi, Rumah lelong nie "as basis as" maksudnya apa yang anda nampak dalam keadaan itulah yang akan dijual. Ada yang elok pakej siap renovation dan ada yang sebaliknya.

Soalan 2 : Ok..Kalau Saya Berminat Nak Beli Rumah Yang Dah Tengok Tu Camne Pulak ?


Jawapan : 
Untuk masuk lelong

Pertama: Anda perlu buat bank draf sebanyak 5% atau 10% daripada harga Reserve
( saya akan bagitahu amaun yang tepat dan bank mana nak buat lepas tengok rumah )

Ke-2: Sila Scan dan Email IC anda @ pembeli ( depan belakang ) dan email ke hartanah188@gmail.com

Ke-3: Saya akan berikan P.O.S atau Pengistiharan Jualan kepada anda, didalam pengistiharan jualan terkandung syarat jualan ( Condition Of Sale ). Dalam tu juga ada detail mengenai Tarikh,Masa,dan Tempat Lelongan.Baca dan fahami, kalau tak faham boleh tanya.

Ke-4 Hari Lelongan: Ada 2 pilihan:

A- Wakilkan kami masuk lelongan bagi pihak anda
-Service Fee dikenankan RM250

B- Anda sendiri pergi ikut Tempat, Tarikh dan Masa yang telah diberitahu
- Free Of Charge ( tak payah bayar apa apa kt ejen )

Ke-5 Menang @ Kalah Dalam Lelongan
Menang >
Teruskan buat pinjaman ( pastikan anda layak buat pinjaman kerana jika anda gagal bayar baki belian rumah yang anda menang tadi dlm tempoh yang ditetapkan bank maka deposit anda boleh hangus) So sebelum beli rumah lelong check dgn bank dulu kelayakan pinjaman anda.
   
Kalah >
Bawa bank draf tu ke bank yg anda buat sebelum ni, cashkan balik deposit 5% @ 10% anda

Soalan 3 : Apa itu Harga Reserve, apa beza dengan Harga Market ? 

Jawapan :
Harga Reserve (harga simpanan) adalah harga terendah yang telah ditetapkan oleh bank. Iaitu harga permulaan sebelum pelelong memulakan lelongan @ harga yang diiklankan
Harga Market pula adalah harga pasaran semasa mengikut kepada nilai terkini yang ditetapkan oleh bank melalui penilai berdaftar.

Soalan 4 : Apa itu POS dan COS ?

Jawapan :
POS adalah singkatan daripada perkataan Proclamation Of Sale (Perisytiharan Jualan) iaitu surat yang mengesahkan hartanah tersebut akan dilelong pada tarikh yang telah ditetapkan.
COS pula adalah singkatan daripada perkataan Condition Of Sale (Syarat-syarat Jualan) yang akan menyatakan syarat-syarat berkenaan dengan hartanah yang akan dilelong.

Soalan 5 : Harga Tetap Macam Yang di Iklankan Ke ?

Jawapan :
Harga tak tetap. Bila sebut lelong, harga yang dinyatakan tidak tetap. Harga reserve yang dinyatakan akan berubah jika ada lebih dari seorang pembida untuk satu rumah yang sama. Pelelong akan jual rumah pada harga yang tertinggi.
( jika anda seorang shj pembida yg hadir maka anda dapat harga yg diiklankan @ Reserve Price )

Soalan 6 : Kalau Nak Harga Reserve Boleh Ke ?

Jawapan:
Bergantung pada rezeki anda. Jika anda pembida bertuah dan seorang sahaja yang hadir untuk membida anda akan dapat harga reserve.
P/s Harap maklum, tiada cara untuk mendapatkan harga reserve tanpa masuk lelong.

Soalan 7 : Boleh Tak Beli Rumah Ni Tak Payah Masuk Lelong ?

Jawapan:
Tak boleh. Apabila rumah dah diisytiharkan untuk lelong. Owner dah tak ada hak penuh untuk rumah tu. Apabila dah masuk lelong, pembelian mesti melalui lelong. Jika anda pernah dengar ada orang boleh beli tanpa masuk lelong, jangan mudah terpedaya mungkin anda akan ditipu. Seorang jutawan lelong pernah bagi tahu saya "Do the legal, Dont do non legal".
Mengikut undang-undang, hartanah yang dah dilelong mesti dijual melalui lelong. Rumah yang dah ditetapkan untuk dilelong bukan lagi melalui tuan rumah tertapi melalui bank dan mahkamah.


Soalan 8 : Macamana Keadaan Rumah tu, kat Mana Lokasinya ?

Jawapan:
Seperti yang telah tertulis dalam POS. Syarat utama Rumah lelong adalah akan dijual dalam keadaan "Sepertimana Sedia Ada'. Oleh sebab itu, sebelum anda ingin membeli rumah lelong pastikan anda telah lawat periksa rumah terlebih dahulu. Macamana yang anda lihat, macam itulah keadaannya. Kalau anda nak tahu lokasi untuk pergi ke rumah yang diminati sila lihat peta mengunakan Google Map Atau klik sini.Link

P/s : Kami tidak dapat pergi tengok semua rumah yang akan dilelong, jika ada hartanah yang anda minati sila lawatinya dengan sendiri. 

Soalan 9 : Kalau Berjaya, Baki Bayaran tu Saya nak Kena Bayar Bila ? 

Jawapan:
Proses sama seperti pembelian rumah biasa. Anda boleh membuat pinjaman dengan mana-mana bank mengikut kepada harga yang berjaya anda beli. Tempoh untuk lulus pinjaman tidak boleh lebih dari 90 hari @ 120 hari seperti yang disyaratkan dalam POS.

P/s Pastikan anda menyemak kelayakan pinjaman dengan pihak bank sebelum membuat keputusan untuk membeli hartanah.

Soalan 10 : Boleh tak Saya Markup Loan ?

Jawapan :
Tak boleh. Harga jualan telah dinyatakan dengan tepat dalam Kontrak jualan. Anda hanya boleh membuat pinjaman mengikut kepada harga yang berjaya anda beli.

Soalan 11 : Boleh tak Saya Buat Goverment Loan (Pinjaman Kerajaan) ?

Jawapan :

Berisiko tinggi. Anda akan kehilangan deposit sekiranya baki bayaran tidak diselesaikan dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak bank (90 hari @ 120 hari). Kebiasaanya tempoh untuk lulus pinjaman perumahan kerajaan mengambil masa yang lama. Untuk hartanah lelong, tidak boleh lanjutkan masa.

P/s Ada sesetengah hartanah lelong boleh dilanjutkan masa. Sekiranya boleh, anda akan dikenakan interes oleh bank untuk setiap hari lewat.

Soalan 12 : Kalau masa lelong saya lawan harga lepas tu saya menang, kenaikan tu saya nak  kena bayar hari tu jugak ke?

Jawapan :
Tak perlu. Anda cuma perlu tambah lagi 5%@10% dari harga kenaikan untuk mencukupkan deposit asal.
Contohnya ;
Harga Reserve : RM100,000 
Bank Draft : 10% (anda dah buat awal tadi )
Anda menang Lelong : RM 130,000
Untuk masuk lelong, anda perlu buat bank draft 10% iaitu RM10,000. 
Disebabkan anda menang RM 130,000 iaitu ada kenaikan RM 30,000 maka anda perlu tambah lagi 10% dari harga kenaikan untuk mencukupkan deposit iaitu RM 30,000 x 10% = RM 3,000. 
Anda cuma perlu tambah RM 3,000 untuk dibayar kepada pihak bank selepas menandatangani kontrak.

Soalan 13 : Ada tak Kos-kos Lain Jika Saya Berjaya Beli ?

Jawapan :
Proses pembelian rumah lelong sama seperti Rumah Subsale. Anda perlu prepare untuk bayaran lawyer loan, lawyer pindah milik nama, Stamping, Stam duty, dan Valuer. 

P/s : Urusan Lawyer loan dan Lawyer pindah milik serta proses permohonan pinjaman ada disediakan oleh pihak kami. Kami ada Panel untuk menguruskan dan melancarkan proses pembelian hartanah lelong untuk anda.


P/s Jangan risau jika kalah. Anda tidak rugi pun, masih ada banyak lagi rumah lelong lain yang boleh anda pilih. :)


PERHATIAN :

Hartanah yang disenaraikan diatas akan dijual "dalam keadaan sepertimana sedia ada" dan tertakluk kepada harga rizab yang telah dinyatakan oleh pihak bank dan kepada syarat-syarat jualan (COS) yang dicetakan di dalam perisytiharan jualan (POS). Semua bakal pembida harus mengambil perhatian bahawa apa-apa harta yang disenaraikan untuk jualan lelong di sini pada bila-bila masa boleh ditarik balik (Call Off) daripada jualan lelong tanpa apa-apa notis atau apa-apa sebab sekalipun. Saya sebagai Ejen tidak boleh menanggung apa-apa liabiliti kepada bakal pembida oleh apa-apa sebab sekalipun.Kepada penawar yang berminat untuk mana-mana hartanah yang disenaraikan adalah dinasihatkan agar Membuat Tinjauan dan Semakan hartanah yang diingini sebelum menyertai lelongan. 

No comments:

Post a Comment